fbpx

SUV keluar simpang melulu ragut nyawa staf hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AZLAN meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

JASIN – Seorang kakitangan Hospital Melaka maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang keluar simpang secara melulu di persimpangan Kampung Paya Tanjung, Jalan Melaka-Muar di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa Mohd. Azlan Ramli, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pernu, Serkam.

“Setiba di lokasi, tiba-tiba sebuah SUV jenis Honda HRV telah keluar simpang secara melulu untuk membelok ke kanan menuju ke Tampin.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak telah merempuh SUV tersebut lalu tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Kemalangan ini berpunca daripada sikap pemandu SUV berusia 45 tahun yang keluar simpang tanpa memastikan keadaan selamat terlebih dahulu sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI