fbpx

Datang mahkamah bawa bayi, bersalin dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabai anak kandung mereka berusia enam tahun sehingga menyebabkan kematian pada Disember lalu.

Fatin Afrina Abdullah, 26, dan suaminya, Muhamad Fuad Jamaluddin, 29, yang merupakan pemandu e-hailing mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah.

Sebelum ini, pasangan itu yang ditahan di penjara sejak Disember lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh mangsa sama.

Pada prosiding hari ini, Fatin Afrina turut membawa bayi perempuannya berusia lima bulan ke mahkamah selepas bersalin dalam penjara.

Mereka sebagai ibu bapa Eriqa Sophia Muhamad Fuad didakwa menganiaya dan mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah flat di Taman Mulia, Cheras, di sini antara April dan 1 Disember 2023.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan ikat jamin masing-masing RM50,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Tamara Anthony memohon jaminan dikurangkan kerana kedua-dua anak guamnya sebelum ini tidak dibenarkan ikat jamin kerana pertuduhan membunuh, namun dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu.

“Kedua-dua anak guam saya sudah direman sejak Disember tahun lalu, dua lagi anak yang masih kecil kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Tertuduh pertama (Fatin Afrina) bersalin dalam penjara dan mohon mahkamah mengambil kira kes sama seperti di Petaling Jaya iaitu Zayn Rayyan apabila ibu bapa mereka mendapat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM15,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Ogos ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI