fbpx

Siti Nurhaliza, suami tunaikan badal haji arwah Huzz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huzz disahkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu sekitar pukul 6.10 petang di kediaman abangnya di Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Keluarga kepada wartawan hiburan veteran iaitu Allahyarham Huzz bersyukur ibadah badal (upah) haji yang buat arwah selamat disempurnakan pada 15 Jun lalu.

Adik kepada Huzz atau nama penuhnya Kamal Huzaini Kamaludin iaitu Nur-ul Afida berkata, ibadah haji tersebut ditaja oleh pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menerusi badan kebajikan milik mereka iaitu Yayasan Nurjiwa.

“Alhamdulillah selepas 20 hari pemergian Huzz ke rahmatullah, kami bersyukur kerana dimaklumkan badal haji buat arwah telah sempurna.

“Terima kasih khususnya buat Siti Nurhaliza dan suami kerana menunaikan janji mereka kepada Huzz ketika menziarahi sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Afida yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut berkongsi foto sijil badal haji arwah.

Siti sebelum ini memaklumkan suaminya berhasrat untuk menaja badal haji buat Huzz ketika arwah terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser usus.

Terdahulu, Huzz disahkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu sekitar pukul 6.10 petang di kediaman abangnya di Pulau Pinang.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI