fbpx

Seorang pengsan, 16 pedih mata akibat tumpahan bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan tindakan nyah cemar tumpahan bahan kimia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, dekat Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang dilaporkan pengsan manakala 16 lagi mengadu pening dan pedih mata selepas berlaku tumpahan bahan kimia jenis sodium hypochlorite di sebuah di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, di sini semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di kilang membuat sarung tangan getah itu pada pukul 3.04 petang, semalam.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani tiba di kilang tersebut kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati seorang mangsa yang pengsan dibawa ke hospital oleh pihak kilang.

“Tiga lagi mangsa yang mengalami pedih mata juga dihantar ke klinik berdekatan manakala enam lagi mangsa dihantar oleh anggota ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kerana mengadu pening dan pedih mata,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota melakukan tindakan nyah cemar tumpahan bahan kimia tersebut yang dianggarkan sebanyak 60 liter.

Tambahnya, pihaknya menerima laporan seramai tujuh lagi mangsa dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi pemeriksaan susulan.

“Kesemua mangsa melibatkan seramai 15 wanita dan dua lelaki. Kerja-kerja overhaul telah dilakukan di lokasi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.48 petang semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI