fbpx

Semakan keputusan ke IPTA, ILK dan Kolej Komuniti bermula pukul 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semakan keputusan permohonan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat bermula pukul 12 tengah hari nanti.

Semakan tersebut melibatkan permohonan bagi peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkara tersebut dikongsi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di akaun rasmi aplikasi X.

“Bermula jam 12 tengah hari, hari ini, 28 Jun 2024, semakan UPU Online lepasan SPM boleh mula dilakukan,”tulisnya.

Terdahulu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, semakan tersebut boleh dibuat sehingga pukul 5 petang pada 7 Julai melalui platform dalam talian disediakan.

Antaranya di pautan https://jpt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.ums.edu.my, https://jpt.umt.edu.my dan aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Kata KPT, pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di pautan https://upu.mohe.gov.my bagi kemasukan ke UA dan politeknik.

Jelasnya, rayuan dalam tempoh 10 hari mulai pukul 12 tengah hari, 28 Jun hingga pukul 5 petang, 7 Julai manakala KK dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI