PETALING JAYA – Sunway Resort Hotel menyediakan tawaran terbaharu yang menakjubkan bagi pengunjungnya melalui promosi Splash & Brunch yang tersedia pada setiap hujung minggu di restoran Sunset Terrace bermula pukul 12 tengahari hingga empat petang.
Menurut kenyataan Sunway Resort Hotel, melalui promosi unik itu, pengunjung hotel boleh bersantai dengan ahli keluarga di restoran yang terletak berdekatan dengan kolam renang bagi membolehkan anak-anak mandi-manda.
Mereka juga turut diraikan oleh badut yang dikenali sebagai Seniman Belon menyiapkan pelbagai bentuk belon yang disukai.
Menu lazat bagi promosi tersebut disediakan daripada dapur restoran yang telah mendapat pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Hidangan secara bufet itu memberi pilihan pengunjung menjamu selera bersesuaian dengan peringkat umur daripada si cilik hinggalah kepada warga emas.
Lebih menarik, bufet makanan kanak-kanak disediakan di kaunter khusus yang mudah dicapai dengan direka kreatif serta unik bagi menaik minat mereka makan bersama.
“Cef berpengalaman kami menyediakan menu menarik seperti salmon dan telur quesadilla, ayam dan telur teco, sosej kuah lasagna dan banyak lagi.
“Menu hidangan klasik pula terdiri daripada shakshuka, ayam dan wafel serta kategori sarapan lewat pagi yang menampilkan hidangan berinspirasikan Amerika Latin seperti Roast Whole Lamb on the Spit, Salmon En Croute, Seafood Paella dan pelbagai Churrasco dalam bentuk lidi berbeku gaya Amerika Latin,” katanya.
Splash & Brunch ditawarkan pada harga RM208 untuk dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas. -KOSMO! ONLINE