fbpx

PRK DUN Nenggiri ditetapkan 17 Ogos depan – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlan pada sidang akhbar Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ibu Pejabat SPR, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 3 Ogos, manakala undi awal pula ditetapkan pada 13 Ogos 2024.

“Sejumlah 20,259 pemilih terlibat terdiri 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis membabitkan peruntukan kos kira-kira pilihan raya sebanyak RM1.6 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini.

Katanya, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula bermula 3 Ogos sehingga pukul 11.59 malam 16 Ogos 2024.

Ramlan berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara dibuka hari ini bagi kategori pengundi 1A, 1B dan 1C.

Menurutnya, tarikh tutup kategori pengundi 1A ditetapkan pada 30 Julai; 1B (23 Julai) dan 1C (23 Julai) manakala, permohonan undi pos boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal SPR, www.spr.gov.my.

“Bagi maksud PRK DUN Nenggiri pula, Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang akan dijadikan Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi.

“Seramai 431 petugas dilantik bagi mengendalikan PRK ini selain 20 buah pusat mengundi biasa dibuka serta sebuah pusat undi awal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI