fbpx

Peru dilanda gempa bumi kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMARAN tsunami akibat gempa bumi ditarik balik di beberapa pantai di Peru. - Foto Getty Images

LIMA – Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda pantai tengah Peru pada hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) tetapi ancaman tsunami daripada gegaran itu telah dibatalkan.

Menurut USGS, gegaran itu melanda 8.8 kilometer dari daerah Atiquipa, meningkatkan ukuran magnitud pada perigkat awal sejurus selepas gempa bumi itu dilaporkan. 

Ia berkata bahawa gegaran kuat akan dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa. 

Pusat Amaran Tsunami Pasifik sebelum ini berkata, gelombang tsunami berbahaya diramalkan akan berlaku di beberapa pantai tetapi kemudian menegaskan bahawa ancaman itu telah berlalu.

“Tiada lagi ancaman tsunami daripada gempa bumi ini,” katanya. 

Peru yang mempunyai kira-kira 33 juta penduduk terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Negara itu  dilanda ratusan gempa bumi yang dapat dikesan pada setiap tahun. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI