fbpx

Penangan roti dapur arang Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIKA ini sebanyak hingga 500 biji roti sehari terutama pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

MARANG – Seorang peniaga ikan nekad berhenti kerja pada awal tahun ini untuk mengaktifkan semula perniagaan roti dapur arang warisan keluar­ganya yang telah terhenti sejak lebih 20 tahun lalu.

Syaiffunnizam Mamat, 44, berkata, keluarga nenek se­belah ibunya terkenal dengan perusahaan roti berinti kelapa, kacang merah dan kaya secara tradisional sejak awal tahun 1980-an.

Beliau berkata, perusahaan roti warisan keluarga itu terhenti mulai awal tahun 2000 apabila seorang demi seorang ahli keluarganya berundur akibat faktor usia lanjut atau me­ninggal dunia.

“Saya sendiri mencari rezeki sebagai penjual ikan sejak bertahun-tahun lalu, namun hati saya sentiasa tidak tenang kerana menganggap gagal meneruskan legasi keluarga.

“Saya akhirnya nekad berhenti kerja untuk mengembalikan peniagaan keluarga. Sebelum itu, saya berguru semula dengan salah seorang ibu saudara untuk memantapkan semula kemahiran menghasilkan roti,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Marang di sini semalam.

Menurut Syaiffunnizam, permukaan luar roti yang dibakar dengan dapur arang rangup tetapi lembut di dalam selain beraroma wangi.

“Saya dibantu isteri, Noor Rohazliza Abd. Ghani, 39, dan dua pekerja. Saya jual tiga roti untuk RM2 di depan rumah,” katanya.

Tambahnya, ketika ini dia boleh menjual sehingga 500 biji roti sehari terutama pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI