fbpx

Pekerja ladang bunuh adik kandung ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Seremban. Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang pekerja ladang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh adik kandungnya di sebuah ladang kelapa sawit di Rantau, di sini empat tahun lalu.

Hakim Datuk Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, K. Paramasivam, 49, selepas mendengar hujahan dan rayuan mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan.

“Saya memutuskan bahawa tertuduh dijatuhkan hukuman gantung pada masa, tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian,” katanya.

Pada 25 Jun lalu, mahkamah sama mendapati Paramisivam bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan keana membunuh adiknya, K. Tanjong Tuan, 40, antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari di Ladang Kelapa Sawit, Linsum Rantau pada 8 Jun 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ala’uddin Baharom, manakala tertuduh diwakili peguam Raftfizi Zainal Abidin.

Pada 11 Jun 2020, akhbar melaporkan mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian dengan beberapa kesan kecederaan pada badannya ditemukan orang awam di sebuah ladang kelapa sawit di Rantau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI