fbpx

Malaysia B-16 belum menyerah kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA B-16 masih berpeluang melangkah ke suku akhir jika menang ke atas Thailand esok. - FAM

SKUAD bawah 16 (B-16) negara tidak boleh mengibarkan bendera putih terlalu awal, sebaliknya perlu bekerja keras bertemu Thailand pada aksi terakhir Kumpulan C saingan Piala ASEAN B-16 2024 di Surakarta, Indonesia esok.

Harapan skuad remaja Harimau Malaya untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir lebih awal tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Australia kelmarin.

Ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, Javier Jordar Ribera mengakui anak-anak buahnya perlu melupakan segera kekalahan tersebut dan fokus pada aksi terakhir menentang Gajah Perang.

“Barisan pemain boleh menampilkan aksi yang lebih sengit ketika bertemu Thailand. Saya percaya masih ada ruang perlu diperbaiki dan ambil risiko dalam usaha meraih keputusan positif.

“Mengenai perlawanan bertemu Australia, saya anggap ini adalah aksi yang sangat sukar tetapi kita bermain dengan baik selain mencipta beberapa peluang namun gagal menerjah jaring,” katanya.

Pada perlawanan di Stadium Sriwedari itu, skuad negara terpaksa akur apabila tewas kepada pasukan lawan kendalian Brad Maloney yang meraih jaringan menerusi Amlani Tatu dan Rhys Williams.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik kerana mahu menjadikan kejohanan itu sebagai medan persiapan sebelum mengharungi kelayakan Piala Asia B-17 2024 pada Oktober depan.

Namun, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin meluahkan hasrat untuk menyaksikan skuad B-16 negara melangkah ke peringkat akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN