fbpx

Lubang gergasi nyaris ‘telan’ padang bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lubang benam gergasi terbentuk di padang bola sepak AS di Alton kelmarin. - Foto 618 Drone Service/Storyful

WASHINGTON  – Sebuah lubang benam selebar 30.48 meter terbentuk di sebuah padang bola sepak Amerika kelmarin, disebabkan lombong bawah tanah berhampiran yang runtuh, lapor portal berita Fox News semalam.

Lubang benam gergasi itu terbentuk sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) di Taman Gordon Moore di Alton, negeri Illinois,

Video pengawasan di bandar itu menunjukkan detik-detik lubang gergasi itu terbentuk dan ia turut ‘menelan’ tiang lampu di padang tersebut.

New Frontier Materials yang mengendalikan syarikat perlombongan Bluff City Minerals menjelaskan bahawa lubang benam itu adalah kesan l daripada ‘penurunan permukaan’   di lombong bawah tanahnya di Alton.

“Kawasan yang terjejas telah dilindungi,  manakala pakar-pakar memeriksa lombong itu dan melakukan kerja-kerja pembaikan,” kata New Frontier.

Datuk Bandar Alton, David Goins berkata,  tiada sesiapa pun yang berada di padang cedera apabila lubang benam tersebut tiba-tiba menelan sebahagian daripada padang bola sepak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI