fbpx

Larangan beli diesel, RON95 secara berulang di Perlis bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Larangan pembelian diesel dan petrol RON95 secara berulang di Kelantan diperluaskan ke negeri ini melibatkan 39 stesen minyak bermula hari ini.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, susulan itu semua pengusaha stesen minyak diminta memberi kerjasama dengan memastikan perkara itu tidak berlaku.

Menurut beliau, KPDN juga akan menempatkan pegawai statik di stesen-stesen minyak yang berpotensi dikunjungi pihak yang giat melakukan kegiatan tersebut.

“Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengesan pergerakan kegiatan ini contohnya di Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak, kita tempatkan pegawai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), stesen minyak dan pelbagai lagi.

“Malah kita juga mula menguatkuasakan penggunaan televisyen litar tertutup (CCTV) di stesen-stesen minyak bagi mengesan aktiviti ini,” katanya selepas Sesi Penyerahan Arahan Pengawalan Bekalan kepada Pemilik Stesen Minyak di Perlis di Kompleks Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, di sini hari ini.

Pelaksanaan larangan itu sebelum ini bermula di Kelantan pada 15 Jun lalu dengan semua stesen minyak di negeri itu tidak lagi dibenarkan melakukan pembelian petrol RON95 secara berulang bagi mengelakkan bahan bakar itu diseleweng ke negara jiran.

Selepas Perlis, pelaksanaan tersebut juga diperluaskan ke beberapa negeri sempadan lain seperti Kedah dan Perak dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI