fbpx

Kempen Abaro sokong komuniti B40 dan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melalui perkongsian strategik Senheng, Abaro menyumbang kasut sekolah kepada pelajar kurang bernasib baik.

PETALING JAYA – Jenama kasut tempatan, Abaro menamatkan kempen Kembali Ke Sekolah yang berlangsung selama tiga bulan baru-baru ini, yang mana syarikat komited untuk menyumbang RM1 bagi setiap pasang kasut sekolahnya yang terjual sepanjang tempoh kempen bagi memanfaatkan pelajar kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Operasi Abaro, Kevin Soh berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka panjang syarikat, iaitu ‘Shoes For You. Hopes For Them’ dan bakal mengagihkan kasut sekolah kepada 1,000 pelajar dari komuniti B40 dan Orang Asli secara berperingkat.

“Memandangkan Abaro terletak di Klang, bantuan akan disalurkan di kawasan berdekatan bermula dengan dua sekolah rendah di Klang dan satu sekolah di komuniti Orang Asli di Jenjarom.

“Sebanyak 300 pelajar akan menerima bantuan kasut sekolah bagi fasa pertama pada bulan Julai nanti.

“Kami merancang untuk memperluaskan bantuan ini dalam sumbangan seterusnya ke sekolah-sekolah lain di kawasan Lembah Klang dan ia akan dilaksanakan dalam tahun ini juga,” katanya dalam kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI