fbpx

Kalau pasal Aliff Aziz, Sophia Albarakbah enggan jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sophia kini memandang ke hadapan dan enggan lagi dikaitkan dengan Aliff Aziz.

PETALING JAYA – Pelakon Sophia Albarakbah menegaskan dia tidak pernah lari daripada media sejak namanya dikaitkan dengan kontroversi aktor sensasi, Aliff Aziz.

Menurut Sophia, 31, kesibukan kerja di set penggambaran menyebabkan dia tiada masa untuk menghadiri pelbagai acara hiburan.

“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen.

“Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran.

“Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” ujar Sophia.

Meskipun diasak pihak media, pelakon jelita itu tetap dengan pendirian enggan namanya dikaitkan lagi dengan Aliff Aziz.

“Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab,” kata Sophia.

Dalam pada itu, Sophia turut menjelaskan dia tidak ‘melayan’ media sosial kerana menganggap banyak perkara tidak berfaedah dalam platform berkenaan.

“Jujurnya, saya jenis orang yang tidak selalu sangat melihat media sosial. Bagi saya banyak perkara tidak berfaedah di sana.

“Saya pula bukan jenis yang suka dengar gosip dan borak perkara yang tidak sepatutnya. Jika perkara atau isu yang dibangkitkan tidak berilmiah saya tidak akan baca,” tegas Sophia.

Sementara itu, Sophia yang ditemui pada majlis tayangan filem Saka Perawan bersama peminat baru-baru ini bersyukur bakat seninya semakin diterima.

Malah, watak lakonannya semakin bervariasi termasuk dalam filem seram komedi, Saka Perawan yang ditayangkan dipawagam sejak 27 Jun lalu.

“Saya seronok berlakon dalam filem ini walaupun menjadi puntianak (ketawa). Sepanjang di set penggambaran kami semua tidak tertekan sebab pelakon semua memang kelakar.

“Pengarah Dr. Ahmad Idham juga memberi tunjuk ajar dan saya berbesar hati dapat berlakon dibawah arahannya,” tutur Sophia.

Selain Sophia filem Saka Perawan turut dibintangi Azlee dan Yassin daripada kumpulan Senario, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Atu Zero, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Anne Abdullah dan Zalif Sidek. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI