fbpx

Jangan ‘denial’ kalau anak ada simptom autisme – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah menasihatkan agar ibu bapa tidak hidup dalam penafian sekiranya anak mereka mempunyai simptom autisme.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menasihati golongan ibu bapa tidak hidup dalam penafian sekiranya anak mereka mempunyai simptom autisme.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata, dia menerima banyak soalan berkaitan hal tersebut dan meminta ibu bapa tidak merahsiakan penyakit daripada doktor.

“Kalau ada soalan lain, saya sarankan anda untuk terus berjumpa dengan doktor kanak-kanak di swasta atau kerajaan termasuk klinik kesihatan.

“Apabila doktor tanya, ibu bapa kena beri jawapan yang jujur tentang simptom dan ciri-ciri autisme yang anak-anak ada supaya mereka boleh buat pemeriksaan.

“Kalau ibu bapa yang sudah nampak ciri-ciri autisme, boleh cari dekat Internet tentang pendedahan mengenai autisme. Dari situ anda boleh tahu dan jangan menafikannya,” katanya dalam Instagram semalam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan orang ramai terhadap keluarganya.

“Saya mungkin kelihatan tenang tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

“Ini tanggungjawab saya dan suami, Ubai sebagai ibu bapa. Kami berdua perlu menjadi kuat untuk anak-anak,” jelasnya.

Beberapa hari lalu, Shila mengesahkan anak lelakinya, Seth Uwais iaitu hasil perkahwinan pertama dengan Haris Idraki Elias sebagai kanak-kanak autisme selepas menjalani beberapa pemeriksaan.

Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI