PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir melanda beberapa tempat di utara Semenanjung.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa tempat di Kedah, Perak serta Pulau Pinang dan dijangka berlarutan sehingga tengah hari ini.
“Manakala kebanyakan tempat di Sarawak dan Sabah tidak mengalami hujan dan ribut petir kecuali beberapa tempat di Tawau dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE