fbpx

Hormat keputusan Tok Pa keluar parti – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika ditemui pemberita pada sesi Santai Petang di Simpang Ampat, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Datuk Seri Mustapha Mohamed yang mengumumkan sudah keluar daripada parti itu dan menolak untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Gua Musang atau Jeli jika pilihan raya kecil (PRK) berlangsung.

Menurutnya, beliau tidak menerima sebarang berita berhubung perkara itu namun tetap menghormati langkah yang diambil Mustapha.

“Saya baru dengar dan baca berita yang dia (Mustapha) tidak lagi menjadi ahli Bersatu. Saya tidak dapat berita apa sebab (keluar parti). Mungkin dia lepas sahaja dalam PRU lepas, dia tak nak bertanding lagi.

“Dia lepaskan kawasan Parlimen Jeli dan kita lantik Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik yang ada di situ. Tapi tak apalah, itu pilihan beliau…sahabat saya juga lagi,” katanya selepas menyantuni pengundi sempena kempen calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat di sini hari ini.

Beliau walau bagaimanapun berharap Mustapha dapat menghayati kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau menjadi ahli Bersatu.

“Saya harap, dia masih boleh dapat menghayatilah kerjasama yang telah kita berikan waktu dia berada dalam Bersatu dan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain. Itu langkah yang diambil, kita hormatilah keputusan dia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mustapha atau popular dipanggil Tok Pa mengumumkan peletakan semua jawatan dan sebagai ahli dalam Bersatu pada 30 September tahun lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI