fbpx

Empat sahabat maut tragedi pergi ‘mengeteh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengkebumian Mohd Adib Ahmad Shahfarin yang merupakan salah seorang mangsa kemalangan di Kilometer 24 Jalan Renggam - Simpang Renggam di Tanah Perkuburan Islam Berumbung di Simpang Renggam hari ini.

KLUANG – Hajat empat sekawan untuk ‘mengeteh’ di bandar Kluang tidak kesampaian selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 24, Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, tiga mangsa iaitu Muhammad Adib Ahmad Shahfarin, Muhammad Ziyad Azmi dan Ahmad Manan Zaini disahkan meninggal dunia di lokasi.

Seorang lagi rakan mereka, Nor Aminul Fitri Nor Azmi pula menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom hari ini. Kesemua mereka berusia 21 tahun.

Menurut Ahmad Shahfarin Sulaiman, 54, anaknya. Allahyarham Mohd. Adib pada mulanya berkumpul bersama tiga rakannya di Simpang Renggam kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Pada pukul 11.30 malam, dia beritahu mahu pergi ke Kluang untuk berjalan-jalan dan “mengeteh” dengan menaiki kereta yang dipandu anaknya.

“Pada pukul 12 tengah malam, saya menerima panggilan memaklumkan anak terlibat dalam kemalangan. Agak sukar mempercayai berita itu kerana saya baru bercakap dengannya menerusi telefon,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shahfarin, Allahyarham Mohd. Adib dan tiga rakannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berumbung, Simpang Renggam di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Nor berkata, kereta Proton Wira yang dipandu Mohd Adib dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di lokasi berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI