fbpx

Dua motosikal dihempap pokok tumbang di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden pokok tumbang sekitar ibu negara yang dikongsikan orang awam.

KUALA LUMPUR – Dua buah motosikal mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang di hadapan pusat beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.59 petang tadi.

Katanya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Remi Che Hat, sebatang pokok tumbang menghalang laluan pejalan kaki.

“Pokok itu juga menghempap dua buah motosikal jenis Honda RS dan Honda ADV,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI