fbpx

Azlee Senario semakin stabil, amal gaya hidup sihat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izhar ketika melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Azlee baru-baru ini. Foto FB Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Tahap kesihatan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar kini dilaporkan semakin stabil dan baik selepas mengalami serangan jantung awal bulan ini.

Perkara tersebut dikongsi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Alhamdulillah, saya dimaklumkan keadaan Saudara Azlee Jaafar (Azlee Senario) semakin stabil dan baik. Beliau sekarang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

“Baru-baru ini, Setiausaha Politik saya, Izhar Yusof berkunjung ke rumah Azlee untuk bertanya khabar,”tulisnya.

Pada hantaran sama, Fahmi turut mendoakan agar pelakon dan pelawak itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga Allah S.W.T kurniakan kesembuhan buat beliau dan permudahkan segala urusan,”doanya.

Terdahulu media melaporkan, Azlee, 56, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Sungai Buloh akibat serangan jantung pada 5 Jun lalu.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Menurut isteri pelawak itu, Aslinda Ayob, suaminya tiba-tiba mengadu sakit pada bahagian dada dan berpeluh hingga terpaksa memujuknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera pada hari kejadian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI