PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 26 Jun lalu.
Khabar gembira tersebut dimaklumkan suaminya, Ahmed Faris Amir menerusi Instagram selain berkongsi nama zuriat pertama mereka itu.
“Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan ada 26 Jun 2024,” katanya.
Dalam masa sama, Ahmed Faris memaklumkan bahawa keadaan isterinya baik-baik sahaja dan merakamkan ucapan terima kasih buat doa yang dipanjatkan orang ramai buat keluarga kecilnya.
“Alhamdulillah, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Terima kasih semua yang telah mendoakan,” jelasnya lagi.
Menjengah ruangan komen, ramai rakan selebriti yang turut berkongsi kegembiraan tersebut.
“Hai Mohsein junior,” ujar pelakon, Syafie Naswip.
“Masya-Allah alhamdulillah. Tahniah dan assalamulaikum ‘baby’ Mohsein. Saya tidak sabar untuk berjumpa awak,” tutur aktres, Daiyan Trisha.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita gembira dirinya sudah berbadan dua selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Amani dan Faris, 40, mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE