fbpx

Agihan pendapatan ASB 3 Didik 5.25 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) sebanyak 5.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Ia melibatkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM405.65 juta kepada 325,026 pemegang unit, yang kini memiliki sebanyak 7.73 bilion unit.

Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.74 peratus sebanyak 251 mata asas.

PNB dalam satu kenyataan berkata, sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM437.76 juta.

“Pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

“Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan ekuiti domestik menyumbang 11.8 peratus daripada jumlah pulangan, manakala ekuiti antarabangsa menyumbang sebanyak 3.6 peratus.

“Kejayaan dana dalam menjana pendapatan dan mencapai prestasi teguh dipacu oleh prestasi pasaran ekuiti yang positif di pasaran utama termasuk Malaysia, dan lonjakan global dalam AI (kecerdasan buatan) generatif,” katanya.

Pengiraan agihan pendapatan ASB 3 Didik adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum dan ia akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2024.

Urus niaga ASB 3 Didik di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 28 hingga 30 Jun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI