fbpx

Ganja dalam bungkusan merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) menunjukkan sebahagian ketulan mampat ganja yang ditemui di pesisir Pantai Kampung Pulau di Simpang Empat, Perlis pada sidang akhbar di Kompleks Kastam, Kangar hari ini.

KANGAR – Cubaan menyeludup 80 ketulan mampat ganja menggunakan sampan disyaki dari Thailand sebelum meninggalkan dadah itu di pesisir Pantai Kampung Pulau di Simpang Empat, dekat sini berjaya dipatahkan kastam, Isnin lalu.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis menyerbu satu kawasan berbatu di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui dua bungkusan warna merah jambu yang disyaki mengandungi dadah ditinggalkan di situ.

“Pasukan menunggu di sekitar kawasan berkenaan, namun tiada sesiapa yang datang mengambilnya,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam, di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan rapi ke atas bungkusan itu mendapati terdapat 80 ketulan mampat disyaki ganja seberat kira-kira 84.67 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM262,477.

“Modus operandi kes ini adalah penyeludup yang menggunakan jalan laut meletakkan bungkusan di pesisir pantai sebelum diambil pihak ketiga bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Dua individu dipercayai terlibat membawa dadah berkenaan ke pesisir pantai berselut ini dengan sebuah lagi bot disyaki tonto atau pembantu menunggu tidak jauh dari situ,” ujarnya.

Tambahnya, rampasan itu berjaya membanteras dadah itu daripada diedarkan kepada lebih 420,000 penagih dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI