fbpx

21 lagi mangsa sesak nafas, muntah gas ammonia bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hazmat dari BBP Kulim Hitech melakukan tindakan mengenal pasti kebocoran gas di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang lagi terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan muntah dalam kejadian kebocoran gas ammonia di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, di sini hari ini.

Komander Operasi Kanan Zon 2 Sungai Petani, Penguasa Bomba Johari Bar Azwar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di kilang membuat sarung tangan getah itu pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani tiba di kilang tersebut kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati telah berlaku kebocoran gas ammonia di kilang tersebut.

Katanya, seramai 21 mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini kerana mengalami sesak nafas dan muntah.

“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Kulim Hitech telah melakukan kerja-kerja mengenal pasti bahan dan membuat pengalihan bahan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang pengsan manakala 16 lagi mengadu pening dan pedih mata selepas berlaku tumpahan bahan kimia jenis sodium hypochlorite di kilang yang sama semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI