fbpx

159,027 lepasan SPM ditawar ke IPTA, ILKA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 159,027 atau 74.25 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang memohon melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline berjaya ditawarkan tempat termasuk di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, daripada jumlah itu, seramai 83,667 calon ditawarkan di universiti awam, manakala 43,531 lagi di politeknik, kolej komuniti (26,474) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)(5,355).

“Pada tahun ini, KPT menerima sebanyak 214,173 permohonan yang layak bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline.

“Bagi Tawaran Laluan Khas pula, secara keseluruhan sebanyak 16,593 dengan pecahan iaitu 15,082 bagi kategori B40, 425 orang kurang upaya (OKU), 732 atlet dan 354 Orang Asli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPT, selain itu, seramai 31 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mendapat tawaran.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 504 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 104 sijil, 53 asasi, 346 diploma dan satu ijazah sarjana muda.

“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI