fbpx

11 GRO sembunyi dalam bilik rahsia dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEOR Hezbullah (kiri) menyertai Op Gegar di sebuah pusat hiburan di Ipoh yang membawa kepada tangkapan 11 wanita pelayan pelanggan (GRO) semalam.

IPOH – Seramai 11 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing dicekup Jabatan Imigresen (JIM) Perak ketika bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini semalam.

Serbuan Op Gegar bermula pukul 11.30 malam itu dijalankan anggota Bahagian Penguatkuasa selepas menerima aduan dan risikan dijalanakn di premis tersebut.

Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, dalam operasi selama dua jam itu, seramai 32 warga asing yang berada di dalam premis telah diperiksa dan 11 wanita daripadanya dipercayai GRO dijumpai bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia.

“Kesemua GRO itu terdiri daripada sembilan warga Thailand dan dua wanita warga China berusia antara 21 hingga 37 tahun.

“Mereka ditahan kerana dipercayai dengan munasabah telahmelakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuansiasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI