fbpx

100 ekor merpati, simbolik 100 tahun Tambak Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail bergambar bersama Onn Hafiz (lima dari kiri) dan Dr Vivian Balakrishnan (lima dari kanan) di tengah tambak sempadan Johor dan Singapura sempena Ulangtahun ke 100 tahun Tambak Johor di Tambak Johor, Johor Bahru disini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Perasmian 100 Tahun Tambak Johor di titik sempadan tambak antara Malaysia dan Singapura, hari ini.

Baginda turut berkenan menyaksikan pelepasan 100 ekor burung merpati sebagai simbolik upacara berkenaan bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan.

Onn Hafiz berkata, majlis itu sangat signifikan khususnya untuk warga Johor dan Singapura yang menandakan hubungan akrab kedua-dua pihak.

“Kami berharap majlis ini akan kukuhkan lagi semangat persaudaraan dan kejiranan antara Malaysia dan Singapura, serta Johor,” katanya kepada pemberita.

Tambak Johor atau turut dikenali sebagai Koswe itu merupakan sambungan darat pertama antara Malaysia dan Singapura melibatkan jarak laluan sepanjang 1,056 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI