fbpx

[VIDEO] ‘Zaman KJ, itu style KJ’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannag Yeoh pada sidang akhbar semasa Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional 2024, di Lalaport di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari hari ini.

KUALA LUMPUR – ‘Zaman KJ (Khairy Jamaluddin) itu style KJ, setiap pemimpin ada cara masing-masing.

Demikian antara reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika memberi ulasan mengenai kritikan banyak pihak tentang pakaian baharu kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Hannah, setiap pemimpin mempunyai cara masing-masing dan tidak perlu dibanding-bandingkan antara satu sama lain.

“Saya telah lihat komen mantan menteri (Khairy Jamaluddin), masa zaman beliau itu cara beliau, setiap pemimpin mempunyai cara kepimpinan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional 2024, di Lalaport di Bukit Bintang di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hannah berkata, beliau menghormati Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana mereka merupakan pemegang taruh yang rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya hormati cara bekerja MOM dan saya hormat mereka sebagai sebuah institusi.

“Apabila diberikan taklimat, saya dimaklumkan bahawa selama ini zaman KJ iaitu ‘style’ KJ, tetapi selepas itu saya dimaklumkan bahawa MOM yang menentukan ‘design’ untuk jersi,”katanya.

Pada masa sama, Hannah berkata, pakaian yang menjadi kontroversi itu juga adalah bukan pakaian rasmi untuk perbarisan.

“Saya baca komen, ramai ingat itu baju perbarisan. Baju perbarisan kita sudah ada untuk atlet-atlet kita nanti,”jelasnya.

Terdahulu, orang ramai mengecam pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 ekoran rekaan yang disifatkan agak ketinggalan.

Malah dakwa pengguna media sosial lagi, pakaian tersebut seperti ‘baju budak sekolah’.

Bagaimanapun, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya berpendirian tetap untuk tidak menukar rekaan baju bagi pakaian seragam atlet Malaysia.

Sebaliknya, pihak MOM mahu menumpukan fokus utama mereka bagi mengejar pingat emas dalam temasya sukan berkenaan yang bakal berlangsung pada 26 Julai sehingga 11 Ogos di Paris.

Kata beliau lagi, rekaan tersebut telah mendapat kelulusan dari pengurusan tertinggi MOM dan ia tidaklah terlalu buruk.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI