fbpx

Titah Sultan Selangor mungkin rentetan kes Faisal – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (kiri) dan Hamidin pada Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional 2024, di Lalaport BBCC, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil serius titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kontroversi melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ketika ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, titah tersebut mungkin rentetan daripada kes jenayah melibatkan pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim yang masih tiada perkembangan terkini sejak jadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lepas.

Kata Hannah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa mempercepatkan proses serta mengumumkan hasil siasatan lanjut kerana ia dinantikan oleh ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air..

“Mengenai titah Sultan Selangor, saya rasa ini berkaitan dengan Faisal Halim.

“Selagi polis belum memaklumkan hasil siasatan mereka, bukan sahaja Sultan Selangor, peminat sukan juga mahu keadilan terhadap isu ini. Mereka mahu tahu perkembangan semasa hasil siasatan.

“Sebab itu, saya menggesa pihak polis untuk maklumkan kepada orang ramai supaya kes ini boleh ke peringkat seterusnya.

“Kalau tiada hasil siasatan itu, orang ramai tidak boleh ‘move on’ kerana Faisal adalah aset negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah turut berharap proses mengenai rayuan yang akan dilakukan oleh Selangor FC kepada MFL berjalan lancar sekali gus boleh dapat mencari situasi ‘menang-menang’ buat kedua-dua pihak.

“Proses rayuan itu kena habiskan dulu diperingkat MFL. Saya tahu ada platform itu untuk rayuan dan sya dengar Selangor FC akan merayu. Harapan proses rayuan itu berjalan lancar,”katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Sultan Selangor, murka dengan keputusan terbaharu MFL serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas menghukum Selangor FC secara keterlaluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI