fbpx

Terus semarakkan seni teater tempatan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menghadiri pementasan Teater Perdana Haji Murat malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap masyarakat Malaysia dapat bersama dalam mendukung seni teater tempatan agar ia dapat terus disemarakkan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pementasan Teater Perdana Haji Murat berdasarkan novella pendek ‘Hadji Murad’, karya sasterawan besar Rusia Leo Tolstoy malam tadi.

Katanya, sebagai penceritaan yang terindah dan terbaik di dunia, beliau masih belum mengerti mengapa karya itu belum mendapat tempat di dunia barat ketimbang karya Tolstoy lainnya seperti ‘Anna Karenina’ dan ‘War and Peace’.

“Untuk persembahan teater tersebut, saya amat teruja dengan penggunaan bahasa dan seni lakon pentas yang cukup mendalam dan mengesankan. Babak muzikal juga tidak kurang hebat dan sangat mencengkam sanubari.

“Kepada tim pensutradaraan, salut saya kepada kalian atas kesungguhan dalam menjelmakan ruh dan mesej dari ceritera tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, Leo Tolstoy sebagai tokoh dan sasterawan ulung begitu istimewa dan punyai nilai serta sikap yang sukar dikupas oleh mana-mana pengarang terutamanya dalam aspek bahasa dan psikologi manusia.

“Kepada yang lain, saya gesa untuk garap karya ‘Hadji Murat’ versi Inggeris atau dapatkan terjemahan Bahasa Melayu dari Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat digarap mesej besar dari karya tersebut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI