fbpx

Teater Haji Murat bawa semangat perjuangan Islam – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan muda digesa supaya membaca dan memahami novel pendek Haji Murat karya Sasterawan Russia, Leo Tolstoy yang disifatnya merupakan antara karya penceritaan yang terbaik di dunia. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Golongan muda digesa supaya membaca dan memahami novel pendek Haji Murat karya Sasterawan Russia, Leo Tolstoy yang disifatkan antara karya yang terbaik di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata novel pendek itu merupakan antara karya tersohor, namun jarang diberi perhatian oleh dunia barat.

“Novel pendek tersebut merupakan antara karya tersohor Leo Tolstoy yang jarang mendapat perhatian oleh dunia barat, bahkan mendapat pujian daripada pengkritik sastera Amerika Syarikat Herold Bloom yang pernah menulis buku tentang William Shakespeare.

“Oleh itu, saya menggesa golongan remaja supaya membeli serta menelaah karya hebat ini kerana ia boleh saya sifatkan antara karya terbaik yang pernah ada pada zaman ini,” katanya ketika menghadiri Majlis Pementasan Teater Perdana Haji Murat di Wisma DBP, di sini malam tadi.

Sementara itu, Anwar turut mengucapkan tahniah atas penganjuran teater tersebut kerana dapat menaikkan semangat bagi menterjemahkan karya-karya klasik ke dalam pementasan teater.

“Ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada kita meskipun novel sejarah bukan asing dalam hidup kita, antaranya catatan karya Keris Mas pada tahun 1948, Panglima Awang oleh Harun Aminurrashid.

“Akan tetapi karya ini sebenarnya merupakan antara novel yang istimewa diantara novel barat lain khususnya Russia yang benar-benar menyelami dan memahami kekuatan luar biasa karya Leo Tolstoy ini,” katanya lagi.

Majlis pementasan teater tersebut juga turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari, Sasterawan negara merangkap Pengerusi Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Duta Russia ke Malaysia, Naiyl M Latypov.

Haji Murat merupakan novel pendek karya Sasterawan Russia, Leo Tolstoy yang ditulis antara tahun 1896 hingga 1904 dan diterbitkan selepas kematiannya pada 1912. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI