fbpx

Sultan Perak rasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Nazrin berkenan melawat ruang pameran di SBPI Gopeng semasa majlis perasmian sekolah itu di Gopeng hari ini.

GOPENG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng yang telah dinaik taraf daripada sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

SBPI Gopeng dibina atas tanah seluas 27 ekar dengan pembinaan sekolah bermula pada 13 November 2000 membabitkan kos RM30.4 juta.

Sekolah itu beroperasi secara pentadbiran pada Disember 2002 dan pada 17 Februari 2003 telah menerima kemasukan murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semasa sembah ucapannya berkata, SBPI Gopeng merupakan satu daripada 14 buah SMKA yang telah dinaiktaraf sebagai SBPI.

“Dalam jangka masa 21 tahun beroperasinya sekolah ini, pelbagai pencapaian telah dirangkul dalam aspek akademik, kokurikulm dan juga sukan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa, yang sebenarnya cukup membanggakan,” katanya dalam majlis perasmian itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI