fbpx

Skuad renang AUG ‘mengganas’, tambah tiga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRYAN (tengah) tampil cemerlang apabila meyumbang pingat emas dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki hari ini. - AUG/IPT

SURABAYA – Kolam renang KONI Jawa Timur Universitas Airlangga terus menjadi lubuk pingat buat kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 Surabaya-Malang, Indonesia apabila meraih tiga emas pada hari kedua saingan yang berlangsung hari ini.

Perenang lelaki negara, Tan Khai Xin tampil cemerlang apabila memenangi pingat emas kedua peribadi pada temasya sukan dua tahun sekali itu selepas mengungguli acara 400 meter (m) rampaian individu lelaki dengan catatan 4:42.70 saat (s).

Lebih manis, kejayaan Khai Xin diiringi aksi rakan sepasukan, Liew Zeng Whye yang memenangi pingat perak dalam acara itu diikuti perenang tuan rumah, Andi Muhammad Nurrizka Febrianto meraih gangsa.

Pada aksi pembuka tirai semalam, Khai Xin turut menyumbang pingat emas buat skuad renang negara apabila memenangi acara 400m gaya bebas lelaki dengan mencatat 4:05.18s.

Sementara itu, pembawa Jalur Gemilang, Bryan Leong menebus kekecewaan tempat ketiga acara 50m kuak dada lelaki semalam apabila menyambar pingat emas 50m kuak kupu-kupu lelaki hari ini menerusi catatan masa 24.54s.

Kecemerlangan itu diteruskan lagi dengan kehebatan skuad 4x200m gaya bebas lelaki yang memastikan emas ketiga Malaysia di kolam renang hari ini selepas mencatat 7:38.24s menewaskan Indonesia yang meraih perak sementara gangsa dimenangi Thailand.

Dalam pada itu, Georgene Wee pula meraih dua pingat gangsa menerusi acara 400m rampaian individu wanita serta 800m gaya bebas wanita manakala Wong Shi Qi merangkul gangsa dalam acara 50m kuak kupu-kupu wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI