fbpx

Shiha Zikir dedah diganggu kaum sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIHA ZIKIR

SELESA berkawan dengan sesiapa sahaja, namun penyanyi Shiha Zikir berdepan kejutan besar apabila menerima gangguan berunsur seksual daripada seorang wanita.

Perbuatan tidak bermoral tersebut berlaku ketika dia mengadakan sesi ‘live’ dalam aplikasi TikTok apabila individu berkenaan masuk ke sesi tersebut.

Biarpun tidak menjelaskan perincian atau bentuk gangguan yang diterima, keberanian wanita terbabit agak menakutkannya.

Shiha percaya wanita itu tidak mengetahuinya bekerja dalam industri hiburan kerana berkemungkinan dia bermastautin di luar negara.

Apa pun, penyanyi lagu Irama itu tidak serik untuk buat ‘live’ di TikTok lagi selepas ini walaupun berhadapan gangguan sedemikian.

Katanya, sebelum ini dia memang jarang menggunakan aplikasi tersebut tetapi tetap dilakukan demi lebih dekat dengan peminat.

MIZZ LAHAR: Rupa-rupanya ada seorang pelakon lelaki pernah ditinggalkan isteri selama tujuh bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI