fbpx

Selangor FC akan fail rayuan kepada MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Selangor FC bakal memfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pengurusan Gergasi Merah dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan sudah ambil maklum dengan keputusan badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Selangor FC mengambil aklum berkenaan pertimbangan emula keputusan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL berkenaan ketidakhadiran Selangor FC pada aksi Piala Sumbangsih 2024.

“Untuk makluman, Selangor FC masih belum memfailkan rayuan kepada MFL. Pihak kelab akan memfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbangkan semula berlandaskan peraturan-peraturan berkaitan,” kata kenyataan tersebut.

MFL pada petang tadi telah mengesahkan hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC ‘diringankan’ dengan dua hukuman dibatalkan serta-merta.

Antara yang dibatalkan adalah pemotongan tiga mata yang dikenakan terhadap Selangor FC dalam pertandingan Liga Super 2024/2025 dan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium MBPJ nanti.

Namun, denda Selangor FC hanya dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.

Selain itu, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL turut dikekalkan.

MFL juga akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

Pengurusan Selangor FC masih dibenarkan untuk merayu sehingga Isnin depan seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga M. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI