fbpx

Sapura Energy catat keuntungan RM82 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) memulakan tahun kewangannya dengan mencatat prestasi kewangan yang positif dengan merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan faedah sebanyak RM82 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Mohd. Anuar Taib berkata, berbanding suku keempat tahun kewangan 2024, Kumpulan telah mencatat kerugian selepas cukai kepentingan minoriti (LATAMI) sebanyak RM728 juta.

Menurut beliau, bagi suku pertama tahun 2025 itu,  perolehan dicatat sebanyak RM1.18 bilion berbanding suku keempat tahun lalu sebanyak RM1.12 bilion .

“Peningkatan dalam pendapatan suku berkenaan adalah hasil daripada usaha gigih kakitangan dalam usaha untuk membetulkan beberapa prestasi yang tidak konsisten, ia juga adalah komitmen syarikat untuk mengubah status syarikat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pendapatan sebelum  faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan (EBITDA) untuk suku tersebut adalah sebanyak RM147 juta.

Menurut beliau, semua segmen perniagaan mencatat EBITDA yang menggalakkan dengan segmen penggerudian adalah sebanyak RM79 juta, kejuruteraan dan pembinaan sebanyak RM54 juta manakala operasi penyelenggaraan sebanyak RM34 juta.

“Pendapatan pada suku pertama 2025 dipacu oleh prestasi yang menggalakkan khususnya dalam segmen kejuruteraan dan pembinaan hasil daripada projek yang sedang berjalan, pengurangan kos dan juga peruntukan pembalikan kontigensi.

“Strategi kami adalah untuk mengimbangi sumber pendapatan dengan memfokuskan kepada pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI