fbpx

RM70 juta laksana projek agro di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joseph Kurup (empat kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM19.2 juta kepada Onn Hafiz Ghazi di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukan RM70.12 juta kepada negeri ini untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berasaskan agro sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek itu melibatkan sektor ternakan, tanaman, akuakultur dan pemerkasaan industri nenas, pemerkasaan pemasaran and aktiviti eksport hasil pertanian serta pembangunan usahawan agro.

Menurut beliau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor bernilai RM142.1 bilion iaitu menyumbang sebanyak 9.4 peratus kepada KDNK nasional.

“Sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga tertinggi iaitu 12.2 peratus kepada KDNK Johor dengan nilai RM17.3 bilion, meningkat daripada RM17.0 bilion pada tahun sebelumnya.

“Ini sekali gus menjadikan Johor sebagai penyumbang terbesar kepada sektor pertanian di Malaysia iaitu sebanyak 17.5.

“Sehubungan itu, KPKM komited mengadakan kerjasama dengan negeri ini bagi menyokong inisiatif Keterjaminan Makanan adalah Tanggungjawab Bersama,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI