fbpx

Ramai beri alasan tiada wang untuk ambil lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmil memeriksa enjin kereta pada Majlis Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Plaza Tol Skudai Arah Selatan di Johor Bahru di sini hari ini. Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Johor mengeluarkan sebanyak 14,536 saman bagi pelbagai kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024.

Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, saman itu dikeluarkan susulan pemeriksaan yang dilakukan terhadap 90,280 kenderaan dari 1 Jun lalu hingga semalam.

Katanya, ini menunjukkan tahap kesedaran orang ramai terhadap pematuhan peraturan-peraturan keselamatan jalan raya terutamanya melibatkan kenderaan persendirian masih berada pada skala yang rendah.

“Setakat semalam, kita telah mengeluarkan sebanyak 14,536 saman atas pelbagai kesalahan dengan kesalahan tertinggi melibatkan 3,691 saman tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Mereka yang ditahan melakukan kesalahan itu kebanyakannya adalah penunggang motosikal dan memberi alasan berdepan masalah kewangan sebagai alasan tak memiliki lesen memandu yang sah,” katanya.

Azmil berkata demikian pada sidang akhbar ketika pelaksanaan Operasi Khas Pengangkutan Hari Raya Aidiladha di Plaza Tol Skudai, arah selatan, semalam.

Sementara itu Azmil berkata, Ops Khas yang dilaksanakan sehingga 30 Jun ini, pihak JPJ Negeri Johor turut mengesan sebanyak 2,551 kesalahan gagal memperbaharui/tiada Lesen Kenderaan Malaysia (LKM) dan 2,238 kesalahan tiada perlindungan insurans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI