fbpx

Presiden Filipina mahu ambil langkah lebih berani hadapi China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bertarikh 23 April 2023 menunjukkan kapal tentera laut Filipina BRP Sierra Madre berada di Beting Thomas Kedua di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan. – AFP

MANILA –  Presiden Ferdinand Marcos Jr. menyatakan hari ini bahawa Filipina perlu melakukan lebih lagi berbanding sekadar membantah ‘tindakan haram’ Beijing di Laut China Selatan.

“Kami telah memfailkan 100 bantahan, kami juga membuat tindakan diplomatik dalam jumlah sama.

“Kami perlu melakukan lebih lagi,” katanya tanpa memperincikan langkah-langkah lain yang mungkin dilakukan oleh Manila.

Anggota-anggota Pengawal Pantai China yang bersenjatakan pisau, kapak dan kayu mengepung serta menaiki tiga bot tentera laut Filipina pada minggu lalu. Bot-bot tersebut sedang dalam misi menghantar makanan kepada askar-askar Manila yang mengawal kapal terkandas di Beting Thomas Kedua.

Seorang askar Filipina putus jari  dalam insiden tersebut.

Ia merupakan insiden terbaharu dan paling serius melibatkan konfrontasi antara kapal China serta Filipina ketika Beijing meningkatkan usaha menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan.

Pertempuran-pertempuran yang berlaku antara kedua-dua belah pihak mencetuskan kebimbangan bahawa konflik di Laut China Selatan akan mengundang campur tangan Amerika Syarikat.

Washington terikat dengan perjanjian pertahanan 1951 untuk mempertahankan Filipina sekiranya perang tercetus. 

Beting Thomas Kedua terletak sekitar 200 kilometer dari Pulau Palawan di barat Filipina dan lebih 1,000 kilometer dari daratan paling dekat di China iaitu Pulau Hainan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI