fbpx

Pesawah dapat pampasan lebih tinggi dengan Skim Takaful Tanaman Padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) menyampaikan replika cek bantuan wang ihsan kepada wakil peladang MADA yang terjejas bencana pada Majlis Penyampaian Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi sempena MADA Day di Ibu Pejabat MADA, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam bakal menerima nilai pampasan lebih tinggi serta cepat menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu, pelaksanaan STTP bagi menggantikan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) itu memberi manfaat lebih besar kepada pesawah, terutama ketika dunia berhadapan perubahan iklim.

Katanya, STTP akan dilancarkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), September ini

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat untuk memperkenalkan skim yang lebih komprehensif ini dengan jumlah pampasan lebih tinggi iaitu sehingga RM3,000 bagi setiap hektar semusim berbanding maksimum RM1,800,” katanya ketika berucap pada MADA Day di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau, pesawah terlibat juga akan menerima pampasan itu dengan lebih cepat.

“Bencana tahun lepas, prosesnya baru sekarang dapat tetapi kalau dengan sistem baharu ini, selepas bencana itu ertinya boleh dapat segera.

“Sekarang ini masa agak lama sebab proses secara manual dan dengan skim ini ia berdaftar secara online, maka bantuan dapat dihulurkan dengan lebih cepat dan terjamin,” ujarnya.

Jelasnya, skim berkenaan sedang diperhalusi di peringkat Bank Negara Malaysia menerusi Agrobank sebelum ia boleh dikuatkuasakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI