fbpx

Penganggur jadikan inap desa transit edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (tengah) menunjukkan sebahagian ganja yang dirampas di sebuah inap desa di Taman Aman, Alor Setar pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Tindakan seorang penganggur menyewa sebuah inap desa bagi dijadikan lokasi transit pengedaran dadah terbongkar apabila dia ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Aman, di sini kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang itu, pihaknya turut menemui 100 ketulan mampat tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 100 kilogram.

Selain itu katanya, beberapa peket plastik lut sinar berisi ganja dan bahan kristal disyaki syabu turut ditemui dalam jumlah kecil di rumah tersebut iaitu seberat lapan gram dan 1.12 gram.

“Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM250,000. Jika terlepas ke pasaran, dadah-dadah ini boleh digunakan oleh kira-kira 20,000 penagih.

“Siasatan awal mendapati dadah tersebut diperoleh dari negara jiran untuk pasaran utara tanah air. Lelaki tersebut yang turut memiliki rekod jenayah sebelum ini dipercayai menjadikan inap desa berkenaan sebagai lokasi transit pengedaran dadah.

“Siasatan menunjukkan terdapat rangkaian melibatkan suspek untuk mengedar dadah berkenaan. Setakat ini siasatan masih berjalan untuk memburu pihak lain yang mungkin terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Kesemua ketulan ganja tersebut dimampatkan dalam balutan aluminium keemasan dan dibalut plastik lut sinar yang setiap satunya seberat 100 gram.

Selain rampasan ganja, polis turut menyita sebuah motosikal Benelli TNT 135I milik suspek bagi tujuan siasatan lanjut.

Fisol menambah, ketika ditahan suspek dipercayai sudah menyewa inap desa selama lebih tiga hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI