fbpx

Pekerja kilang didakwa miliki bahan pengganas IS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaini ketika hadir ke Mahkamah Sesyen, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan pengganas bulan lalu.

Tertuduh Suhaini Sarwan, 46, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu pada 30 Mei 2024 pukul 2.20 petang di Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya telah memiliki artikel-artikel berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan perbuatan pengganas di dalam komputer riba jenama Lenovo Thinkpad berwarna hitam.

Manakala pertuduhan kedua, pada tarikh dan waktu yang sama bertempat di Felda Lok Heng Barat, Suhaini didakwa telah memiliki lima buku bahan bacaan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS dan perbuatan pengganas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 130JB(1) Kanun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI