fbpx

MFL ‘ringankan’ hukuman Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor boleh menarik nafas lega apabila MFL meringankan hukuman awal yang dikenakan awal minggu ini. - Foto hiasan ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk membatalkan beberapa hukuman ‘berat’ yang dikenakan ke atas Selangor FC susulan penarikan diri pada aksi Piala Sumbangsih, bulan lepas.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan awal yang dibuat pada Selasa lepas.

Kata kenyataan tersebut, pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pemotongan tiga mata yang dikenakan terhadap Selangor FC dalam pertandingan Liga Super 2024/2025 telah dibatalkan.

“Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium MBPJ turut dibatalkan.

“Namun, denda Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000. Selain itu, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL dikekalkan.

“MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu turut memberikan amaran keras jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama dengan kes boleh dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas boleh dikenakan.

Pengurusan Selangor FC masih dibenarkan untuk merayu sehingga Isnin depan seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga M. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI