fbpx

Matahari bikin keropok keping lebih berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERAWATI menjemur sebahagian keropok keping yang diusahakannya di Kampung Geliga, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pengusaha keropok keping di Kampung Geliga di sini, masih mengekalkan cara tradisional untuk menge­ringkan snek tersebut dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari.

Erawati Zakaria, 40-an, berkata, teknik sedemikian merupakan cara yang dipraktikkan sejak 17 tahun lalu dan menjadi rahsia keropok keping buatannya kekal dan berkualiti hingga sekarang.

“Walaupun ramai sudah gunakan mesin pengering, tetapi ke­ropok jenama Seri Pantai masih kekal dengan cara tradisional.

“Keropok jadi lebih sedap de­ngan mengekalkan kemanisan isi ikan tamban dan parang selain tidak berbau hapak. Ia juga akan mengembang dengan sempurna kalau digoreng,” katanya.

Menurut Erawati, keropok keping yang dijemur di dalam ketuhar biasanya akan lebih le­per apabila digoreng.

Tambah ibu kepada seorang anak itu, dia mengeringkan lebih 100 kilogram keropok keping bermula pukul 8 pagi setiap hari.

“Kalau cuaca panas, keropok hanya perlu dijemur selama enam jam tetapi jika mendung ia perlukan dua hari. Musim panas baru-baru ini, saya dapat
hasilkan dua tan keropok,” katanya.

Keropok Seri Pantai dijual RM30 sekilogram dan hanya dipasarkan di daerah ini dan Kuantan, Pahang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI