fbpx

Masih steady, nasi kandar RM300 memang surrr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi kandar berharga RM300 yang berjaya memecahkan rekod RM222 sebelum ini.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh Singapura berjaya memecahkan rekod terdahulu nasi kandar termahal di Pulau Pinang dengan harga RM300.

Menerusi perkongsian di laman Facebook kedai nasi kandar terbabit, pemuda tersebut dikenali sebagai Zermatt Neo menghabiskan sedulang nasi kandar seorang diri yang sepatutnya dimakan oleh enam orang dalam tempoh dua jam.

“RM300, pecah rekod. ‘All time biggest ever record’, seorang makan, orang Singapura. Dia memang pempengaruh TikTok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi. Kali ni dia mari NKS makan nasi kandar sampai RM300, kami tak panggil, dia sendiri yang datang,” jelasnya di hantaran tersebut.

Dalam hantaran berlainan, kedai nasi kandar popular itu turut memaklumkan keadaan pemuda terbabit selepas menghabiskan sedulang nasi kandar sendirian.

“Ramai duduk tanya apa keadaan ‘record maker’ (pencipta rekod) kita selepas makan sampai RM300. Beliau masih ‘steady’ (santai) lagi ni, pekena kickapoo saja terus jadi kuat nalik dan Alhamdulillah beliau suka dengan NKS,” ujarnya.

Tindakan pempengaruh tersebut menghabiskan sedulang nasi kandar mengundang pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang turut memuji keadaan fizikal tubuhnya kekal ‘fit’ (langsing) walaupun kerap merakam konten ‘mukbang’.

“Hujung-hujung nak habis, pemuda tu dah tidak sempat senyum dah,” komen Nadia.

“Kalau tengok rutin latihan dia dengan badan dia, memang hormat lah sebab dia pun pakar nutrisi juga, biasa dia puasa 24 jam lepas buat konten macam ni,” kata Mohd.

“Dah nak habis pun sempat lagi minum air bandung pula,aku yang tengok pun dah rasa loya sebab banyak sangat. Hebat mamat ni,” ujar Tengku.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang pemuda dipercayai berasal dari Pulau Pinang memecahkan rekod sebuah kedai nasi kandar terkenal di negeri tersebut apabila sanggup membayar RM222 bagi satu hidangan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI