fbpx

Malaysia perlu dilihat sebagai negara ‘middle state’ – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menjawab dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu dilihat sebagai sebuah negara yang diposisi sebagai ‘middle state’ atau tidak condong kemana-kemana bagi menjaga kepentingan diplomatik perdagangan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak jemputan dari negara-negara luar, namun hubungan dua hala perlu dilakukan berhati-hati.

Ujarnya, pihaknya sentiasa menasihati agar setiap jemputan negara luar diteliti kerana setiap lawatan Perdana Menteri merupakan pengiktirafan kepada hubungan luar tersebut.

“Banyak jemputan kita dapat sebenarnya, tetapi kita perlu berhati-hati memposisikan negara kita ini. Hubungan dua hala perlu berhati-hati dalam keadaan geopolitik yang tidak tentu arah sekarang ini.

“Saya sebagai Menteri Luar menasihati Perdana Menteri untuk meneliti setiap satu jemputan supaya tidak terjerumus dengan politik dunia yang lebih kompleks yang boleh beri masalah kepada negara-negara lain. Setakat ini hubungan Malaysia sangat baik dengan Russia, China mahupun negara-negara lain.

“Malaysia sebuah negara berdagang. Kita tak nak condong ke kanan atau condong ke kiri, kita mahu bersahabat dgn semua orang. Ini merupakan asas luar negara kita bukan sahaja diplomatik biasa, tapi diplomatik perdagangan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Mohamad, beliau dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa melihat potensi kawasan-kawasan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan perdagangan supaya membawa keutamaan kepada negara.

Beliau berkata demikian kita menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang bertanyakan mengapa Anwar tidak mengadakan lawatan ke Russia bagi bertemu dengan Presiden Vladimir Putin bagi menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

Sementara itu Mohamad berkata, hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kerana ia merupakan satu blok yang longgar, tidak berasaskan kepada pertahanan atau sekuriti bagi memastikan tidak ada satu kuasa besar yang menguasai dunia.

“Sebab itu Malaysia mahu melihat dunia ini sebagai ‘multi-polar’. BRICS jadi satu landasan untuk kita melihat dunia ini tidak terlalu condong atau diuruskan satu pihak sahaja. Hasrat penyertaaan Malaysia dalam BRICS juga supaya dapat bersuara di banyak pentas.

“Ya, sekarang ini Russia sebagai Presiden, tetapi tahun depan adalah Brazil. Kita nak masuk semasa kita jadi ASEAN, jadi kita berunding dengan Brazil dahulu,” katanya.

Terdahulu, Anwar sebelum ini mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024 pula, negara Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI