fbpx

KOM belum putuskan tiket wildcard ke Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN ditemui pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih kekal berahsia mengenai keputusan pemilihan tiket ‘wildcard’ yang akan diberikan kepada atlet yang akan menggalas tugas ke Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan sama ada memilih jaguh 100 meter (m) negara, Muhammad Azeem Fahmi atau pemegang rekod kebangsaan 400m, Shereen Samson Vallabouy akan diketahui pada 2 atau 3 Julai ini nanti.

Katanya, sebelum keputusan itu dibuat, kedua-dua atlet tersebut akan mengambil bahagian di Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di Surabaya-Malang yang berlangsung pada 2 Julai nanti.

“Pertama sekali, Azeem atau Shereen, kedua-dua mereka memang layak tetapi KOM akan meneliti satu dua perkara lagi yang tidak dapat diselesaikan.

“Pemeriksaan kesihatan juga mendapati kedua-dua mereka layak untuk mendapatkan tiket wildcard. Tetapi kita Olahraga Dunia (WA) hanya beri satu tiket wildcard berbanding dua sebelum ini. Ketika ini, saya sedang membuat penelitian terbaik dan jika dibenarkan saya akan membuat keputusan 2 atau 3 Julai ini ini nanti.

“Barisan KOM juga tiada masalah dan kita perlu lihat beberapa perkara untuk diberikan perhatian akhir sebelum membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Olahraga Dunia tahun ini mengeluarkan syarat baharu apabila hanya memberikan satu slot wildcard bagi acara olahraga iaitu dalam acara 100m, 800m dan maraton berbanding syarat sebelum ini iaitu dua tiket wildcard lelaki dan wanita dalam mana-mana acara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI