fbpx

Kesuma salur RM2 juta perluas program tingkat bakat OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Tun Aminah (tiga kiri) menyerahkan sijil kepada penerima neurodivergen, Muhammad Daniel Mohd Idham (tengah) pada program Impak Inklusi Neurodiversiti sempena Minggu Latihan Kebangsaan di Mitec, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memperuntukkan RM2 juta bagi memperluaskan Program Peningkatan Bakat Orang Kurang Upaya (OTEP) pada tahun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif berkenaan selaras dengan konsep Kerajaan Madani iaitu tiada rakyat yang akan dipinggirkan.

Katanya, OTEP merupakan satu usaha dalam memberikan latihan khusus yang direka secara spesifik untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran bagi golongan OKU.

“30 individu diberi latihan itu dan 15 orang daripada kumpulan tersebut sudah pun mendapat pekerjaan tahun lalu di bawah satu projek rintis berkenaan.

“Kita nak memastikan rakyat Malaysia tak kira keadaan fizikal, sosial, kaum, agama dan sebagainya bahawa mereka berhak untuk mencapai aspirasi masing masing di tanah air yang tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadiri program Neurodiversity Inclusion Impact sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini hari ini.

Program tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI