fbpx

Kerajaan sedia bantu keluarga Abdul Halid urus rangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Abdul Halid Sugiman ketika menziarahi keluarga itu di di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor sedia membantu keluarga Abdul Halid Sugiman,44, sekiranya rangka dipercayai manusia yang ditemui dalam kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau pada Isnin lalu merupakan remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bantuan yang akan diberikan merangkumi kerja-kerja daripada memandikan tulang rangka ditemui hingga proses pengebumiannya.

Katanya, walaupun yang ditemui baru-baru ini hanyalah rangka namun pengurusannya sama seperti jenazah umat Islam dan difahamkan kini rangka berkenaan berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk proses ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

“Sekiranya rangka berkenaan disahkan milik Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, selain urusan pengurusan jenazah pihak kerajaan negeri juga bersedia membantu dalam keperluan lain termasuklah insurans memandangkan remaja berkenaan masih bergelar pelajar.

“Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah dan berharap ayah remaja terbabit, Abd Halid serta keluarga agar terus tabah dengan ujian yang dihadapi mereka,” katanya kepada pemberita samasa mengadakan lawatan di rumah remaja itu, di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI